Friday, December 14, 2007

Kenapa wa letih?

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang
tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan
tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku
(the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai
beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan
bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta
orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta
orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan
yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...
tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur
dan takder kerja surirumah, pekerja yang kena VSS,
orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja
dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh
Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital
kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di
seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk
depan komputer, main internet, main games, membaca email, main chat dan tak buat kerja
langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja
dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!

moh..pih wat keja!!

No comments: